fbpx

Budak 4 tahun maut jatuh tingkat 16 ketika keluarga tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Budak berusia 4 tahun yang ditemui meninggal dunia selepas terjatuh tingkat 16, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.

SUNGAI BULOH – Kanak-kanak lelaki empat tahun ditemui maut selepas terjatuh daripada tingkat 16 Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.28 petang itu, ibu mangsa yang baru bangun dari tidur sempat melihat anaknya berada di jendela yang terbuka namun tidak sempat menyelamatkannya yang terjatuh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut daripada orang awam yang menemui kanak-kanak tersebut yang terjatuh.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal terhadap bapa dan ibu mangsa, dimaklumkan ketika kejadian seisi keluarga sedang tidur di kediaman tersebut yang terletak di tingkat 16.

“Ketika ibu mangsa bangun, dia mendapati mangsa berada di bahagian luar tepi jendela ruang tamu yang telah terbuka tetapi tidak sempat mendapatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke bawah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kata Mohd Hafiz, kanak-kanak tempatan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian itu.

Jeas beliau, punca kematian anak bongsu daripada empat beradik itu sedang disiasat.

“Kedua-dua ibu bapa mangsa yang berusia 30-an dirakam keterangan bagi membantu siasatan lanjut dalam kes ini.

“Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR). Mayat mangsa telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI