fbpx

Bapa, anak bersubahat curi wang dari kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan si bapa dan anaknya mencuri wang di sebuah kedai. – TKPMEDAN

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan kejadian sebuah keluarga mencuri wang dari sebuah kedai, lapor laman berita Tribun Medan semalam.

Kejadian berlaku di Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara pada Sabtu lalu sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan). 

Detik keluarga itu mencuri dirakam oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik secara meluas di media sosial menerusi akaun Instagram @tkpmedan.

Kecurian bermula ketika seorang lelaki yang memakai baju berwarna kelabu datang ke kedai berkenaan bersama dua orang anak lelakinya yang kelihatan seperti remaja bawah umur.

Seorang daripada anak suspek yang memakai baju putih bercampur hitam, berada di depan kedai, manakala seorang lagi yang berbaju kuning memasuki ke dalam premis tersebut bersama si ayah.

Dalam video tersebut, si bapa dilihat berbual dengan pemilik kedai dan memintanya untuk mengambil barang yang terletak di luar kedai.

Setelah pemilik kedai itu keluar untuk mengambil barangan yang diminta si bapa, anak lelakinya yang berbaju kuning bergegas mendekati meja kaunter dan mengambil wang di dalam laci. 

Setelah wang diambil, mereka kemudian pergi meninggalkan kedai tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI