fbpx

Tidak beri laluan di jalan sempit punca dua lelaki gaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pergaduhan melibatkan dua lelaki menggunakan parang serta besi tular di media sosial sejak malam tadi.

KOTA BELUD – Dua klip video pergaduhan melibatkan dua lelaki menggunakan parang serta besi tular di media sosial sejak malam tadi.

Rakaman berdurasi sembilan saat dan 30 saat itu memperlihatkan kedua-dua lelaki berkenaan masing-masing menghayunkan parang dan besi sehingga mengenai paha salah seorang daripada mereka.

Bagaimanapun, pergaduhan terbabit berjaya dileraikan orang awam namun salah seorang mangsa cedera di paha kiri akibat terkena parang dan menerima rawatan di Hospital Kota Belud.

Difahamkan, kejadian berlaku di laluan belakang tempat letak kenderaan berhampiran Jalan Tamu Minggu
kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain mengesahkan mengenai video tular terbabit dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam.

“Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada provokasi kedua-dua pihak yang masing-masing tidak memberi laluan semasa melalui jalan sempit,” katanya dalam kenyataan media hari ini. – KOSMO! ONline

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI