fbpx

Sudahlah kena tipu, ‘claim’ pun tak bayar – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meskipun tidak dibayar, Nabila tetap menjalankan tugasnya sebagai pelakon.

PETALING JAYA – Sudahlah dibayar rendah, pelakon Nabil Huda bertambah kecewa apabila sebuah produksi drama gagal membayar tuntutan atau ‘claim’ untuk segala komitmennya yang dicurahkannya dalam pembikinan naskhah berjudul Pelangi Yang Hilang.

Menurut Nabila Huda, 39, pihak penerbit berjanji membayar segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk tol, minyak kenderaan, pakaian dan rambut palsu mennggunakan duit sendiri sepanjang penggambaran.

Namun, sehingga drama berkenaan bakal ditayangkan di TV3 pada Ahad ini, Nabila mendakwa masih belum menerima sebarang bayaran ‘claim’ yang telah dibuat.

Bukan itu sahaja, kata Nabila yang dibayar rendah awalnya ditipu hanya memegang watak pelakon sampingan walhal pada akhirnya dia melakonkan watak utama drama tersebut.

“Inilah drama yang dulu saya berlakon sampai ke sudah penerbit tidak bayar ‘claim’ tol, minyak dan wardrobe (pekaian).

“Sudahlah kena kencing (tipu) kata supporting ( sampingan). Kita pula kasihan tiada bajet tidak boleh bayar ikut rate, jadi mintaklah produksi sediakan baju.

“Lepas itu kasihan lagi, tolonglah belikan baju, dapatkan wig (rambut palsu) semua untuk karakter sebab kata boleh claim.

“Maklumlah kita pula jenis bersemangat. Buat kerja bersunguh-sungguh. Babak pula bukan sedikit. Hujung-hujung tiada khabar berita untuk claim sampai cerita hendak keluar,” tulisnya di Instagram.

Sungguhpun begitu, sebagai seorang pelakon yang profesional, Nabila tetap menjalankan tugasnya sebagai pelakon, malah siap mempromosikan drama berkenaan di Instagramnya.

“Walaupun kena scam, saya tetap jalankan tanggungjawab tau!,” ujar Nabila lagi.

Dalam pada itu, Nabila menegaskan itu adalah kerjasama kali pertama dan terakhirnya bersama produksi berkenaan.

“Ini penerbit dan produksi pertama dan terakhir. Tidak layak berada dalam senarai penerbit dan produksi yang profesional untuk bekerjasama,” tulis Nabila membalas dalam ruangan komen.

Kekecewaan Nabila mendapat perhatian peminat dan juga rakan artis seperti Fazura yang turut berang apabila penerbit mengambil kesempatan ke atas keikhlasan serta kesungguhan kerja seorang pelakon.

“Memang sakit, tetapi hendak buat apa, biar orang buat kita, kita tetap kena dengab prinsip hidup yang sentiasa ikhlas dan jujur dengan setiap benda yang kita buat,” kata Nabila membalas komen kepada Fazura.

Drama Pelangi Yang Hilang diarahkan oleh Zul Huzaimy dan diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

Selain Nabila drama tersebut turut dibintangi oleh, Luqman Junaidi, Danish Hazriq dan Asheeqa Maleeyka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI