fbpx

Budak 5 tahun jatuh tingkat 21, ditemui terapung dalam kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERDANG -Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan maut dalam kolam selepas terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium di Bandar Putra Permai, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, polis menerima panggilan kejadian pada pukul 2.42 petang.

Katanya, pemeriksaan mendapati kaki kiri kanak-kanak warga Yaman itu patah dan terdapat pendarahan melalui telinga serta hidung.

“Berdasarkan siasatan, dua pengawal keselamatan yang menjalankan rondaan di sekitar kawasan kolam melihat seorang kanak-kanak terapung di dalam kolam dan tidak sedarkan diri

“Mereka memaklumkan penemuan itu kepada pihak pengurusan sebelum pihak pengurusan menghubungi 999.

“Bapa mangsa yang datang di lokasi mengangkat mayat anaknya dan diletak atas kerusi batu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian ibu bapa mangsa berada di dalam bilik manakala mangsa berada di ruang tamu.

“Mangsa disyaki terjatuh melalui tingkap di ruang tamu rumah mereka,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI