fbpx

13 pasukan tidak rencat Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN Liga Super musim depan menyaksikan hanya 13 pasukan bersaingan selepas Perlis United gagal melengkapkan proses pendaftaran mereka.

LIGA Super musim 2024/2025 tidak akan ‘cacat’ meskipun saingan yang akan membuka tirai rasmi pada Mei depan hanya akan disertai oleh bilangan ganjil sebanyak 13 pasukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam mengesahkan penganjuran liga akan berjalan seperti yang dirancang dengan satu pasukan bakal berehat pada minggu perlawanan.

Kata Stuart, pihaknya selaku badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) sudah berusaha untuk memastikan penganjuran Liga Super musim ini disertai oleh 14 pasukan tidak tidak dapat direalisasikan.

“Ada satu pasukan akan rehat. Secara jujur, kita sudah cuba sedaya upaya untuk memastikan ada 14 pasukan pada musim ini.

“Situasi terbabit, tidak akan berubah pada hari perlawanan dan akan ada pasukan akan berehat setiap minggu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa MFL di Petaling Jaya, kelmarin.

Sebagai rekod, MFL telah mengesahkan harapan kelab Liga M3, Perlis United untuk menyertai saingan Liga Super tidak kesampaian apabila tidak diberikan lesen luar biasa kerana gagal mencapai kriteria tambahan yang ditetapkan.

Sementara itu, Stuart turut mengesahkan tiada ‘talian hayat’ diberikan buat Singa Utara kerana keputusan First Instance Body (FIB) adalah wajar selepas garis masa yang ditetapkan telah dilanggar pengurusan pasukan itu.

“Itu merupakan garis masa yang ditetapkan oleh FIB di mana Perlis tidak dapat menghormati tarikh akhir tersebut.

“Tiga garis masa yang sudah terlepas, tambahan tiga kriteria yang tidak dilengkapkan telah membuatkan FIB kekal mengambil keputusan dan tiada rayuan boleh dilakukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI