fbpx

M&G umum hasil RM88.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Marin & General Berhad (M&G) mengumumkan hasil sebanyak RM88.4 juta bagi suku ketiga tahun kewangan 31 Januari 2024, yang merupakan peningkatan 20 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Penambahbaikan berkenaan selaras dengan peningkatan tahap operasi pada suku berkenaan, dengan penggunaan armada bagi kedua-dua Bahagian Huluan dan Hiliran masing-masing pada 77 peratus dan 78 peratus, daripada 69 peratus dan 92 peratus pada tahun sebelumnya.

Bahagian Huluan terus menjadi penyumbang hasil utama, menjana 77 peratus daripada hasil Kumpulan, dengan Bahagian Hiliran menjana baki 23 peratus.

Pada suku semasa, Kumpulan turut melupuskan satu kapal tangki bawah Bahagian Hiliran dan mengiktiraf keuntungan sebanyak RM9.7 juta. Mengambil kira hasil lebih tinggi dan keuntungan daripada pelupusan kapal tangki, Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM18.1 juta.

Bagi tempoh kumulatif sembilan bulan, Kumpulan mencatatkan hasil RM264.9 juta, mencerminkan peningkatan 14.6 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, sementara keuntungan sebelum cukai berjumlah RM41.5 juta, berbanding RM21.2 juta pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Mohd. Azlan berkata, Bahagian Huluan menjangkakan tahun yang aktif, sejajar dengan pandangan positif Petronas bagi aktiviti penggerudian dan penerokaannya, seperti yang ditonjolkan dalam Tinjauan Aktiviti untuk 2023 – 2025.

“Lembaga Pengarah menjangkakan peningkatan penggunaan kapal dan kadar sewa yang berterusan dalam tahun kewangan semasa, walaupun pada kadar lebih perlahan daripada tahun kewangan sebelumnya.

“Berhubung dengan Bahagian Hiliran, kami sedang melihat langkah-langkabh pengoptimuman armada untuk mencapai penggunaan yang lebih baik pada masa hadapan.

“Pada masa sama, Lembaga Pengarah terus berhati-hati tentang potensi gangguan ekonomi yang disebabkan oleh ketidakstabilan geo-politik di Eropah dan Asia Barat yang boleh menjejaskan iklim ekonomi serantau dan domestik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI