fbpx

Gas Malaysia agih RM2 juta untuk asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hashimi(enam dari kiri) sedang berbual dengan penerima sumbangan.

SHAH ALAM – Sebanyak RM2 juta diperuntukkan oleh Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) melalui wakalah zakat kepada golongan asnaf yang memerlukan setiap tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Hashimi Abdul Manap, selain itu pihaknya turut memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan yang memerlukan disebabkan bencana alam seperti banjir.

“Pada program hari ini contohnya kita menyampaikan bantuan di bawah CSR berupa barang keperluan asas seperti beras, gula pasir, tepung gandum, rempah ratus dan lain-lain.

“Seramai 250 orang dalam kalangan asnaf yang kita dapatkan data daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima bantuan tersebut hari ini,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan di Masjid Al Faizin Seksyen 28 di sini hari ini.

Hashimi berkata, Gas Malaysia yang juga ahli Kumpulan MMC sentiasa prihatin dengan golongan masyarakat yang memerlukan terutama dalam kalangan asnaf.

“Inisiatif yang kita lakukan pada bulan Ramadan ini mencerminkan dedikasi syarikat Gas Malaysia untuk mengurangkan beban yang dihadapi golongan kurang berkemampuan.

“Gas Malaysia akan terus memberi sumbangan bagi memperkasakan masyarakat setempat dari masa ke semasa,”katanya.

Tambahnya, kejayaan Gas Malaysia dalam perniagaan secara tidak langsung membolehkan program CSR sedemikian berpanjangan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI