fbpx
JOHARI menunjukkan nasi ulam dan asam pedas sayur keladi ketika ditemui di Sungai Petani baru-baru ini.

Nasi ulam pemikat selera orang Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Berbuka puasa dengan nasi ulam bersama asam pedas sayur keladi boleh dikatakan menjadi juadah ‘rasmi’ penduduk Kedah setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadan.

Ekoran itu, Johari Abdullah, 62, berkata, dia meneruskan tradisi menjual set nasi itu sejak enam tahun lalu di Bazar Ramadan Kota Kuala Muda dekat sini.

Katanya, nasi itu dimasak sendiri menggunakan resipi dipelajari daripada ibunya, Zabedah Abdullah, 90.

“Ia merupakan nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam kampung serta isi ikan talang masin.

“Saya menggunakan 44 jenis ulam seperti daun sekentut, pucuk janggus, pucuk putat, bunga kantan dan lain-lain,” katanya ketika ditemui baru-baru
ini.

Menurut Johari, proses menyediakan bahan nasi ulam agak rumit dan memerlukan kesabaran ekoran ia perlu dihiris halus sebelum digaul.

Tambahnya, dia menyediakan sebanyak lima kilogram nasi ulam setiap hari untuk jualan di bazar ramadan tersebut dan harga bagi satu set nasi ulam bersama asam pedas sayur keladi dijual pada harga RM10.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN