fbpx

Lelaki Pakistan ditahan, simpan 108 kilogram gula pasir tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga Pakistan ditahan KPDN Sabah ekoran menyimpan gula pasir tidak dilesenkan menerusi Op Tiris di sebuah rumah di kawasan Likas pagi tadi. -Foto Ihsan KPDN Sabah

KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga Pakistan ditahan ekoran menyimpan gula pasir tidak dilesenkan menerusi Op Tiris di sebuah rumah di kawasan Likas pagi tadi.

Dalam serbuan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Sabah itu, lelaki berusia 30 tahun terbabit ditahan pada pukul 10.27 pagi.

Pengarah Pejabat KPDN Sabah, Georgie Abas berkata, ketika serbuan dijalankan, lelaki berkenaan sedang memuatkan gula pasir ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu kemudiannya menemui 108 kilogram gula pasir di bahagian belakang kereta tanpa sebarang dokumen yang sah.

“Pemilik juga didapati tidak mempunyai lesen atau permit untuk menyimpan gula pasir di tempat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Georgie menyatakan lelaki terbabit ditahan dan pasukan bertugas merampas bekalan gula pasir bersama kenderaan dengan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM50,307.80.

Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI