fbpx

Kilang hasilkan ubat musnah terbakar di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kilang penghasilan ubat musnah dalam kebakaran di Jalan Kuala Kangsar malam tadi.

IPOH – Sebuah kilang penghasilan ubat musnah dalam kebakaran di Jalan Kuala Kangsar malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.25 malam dan seramai 51 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, BBP Pasir Puteh dan BBP Simpang Pulai dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dan Bercham dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan bangunan kelas A dengan api marak menyebabkan kemusnahan dianggarkan 80 peratus dan pemeriksaan awal mendapati, terdapat bahan kimia seperti klorin dan alkohol di dalam bangunan disyaki mengalami kebocoran,” katanya di sini hari ini.

Katanya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Pasir Puteh turut hadir ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti kebocoran.

“Setelah dikenal pasti, bacaan pertama adalah 100PPM bagi ammonia dan 0PPM untuk klorin. Semburan air dijalankan bagi memastikan kawasan tersebut benar-benar selamat.

“Bacaan kali kedua yang diambil mendapati ammonia adalah 20PPM di mana kawasan tersebut diisytiharkan selamat dan api berjaya dikawal pada pukul 11.15 malam. Tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI