fbpx

Kebakaran musim panas: Selangor, Johor, Sarawak dahului senarai hot spot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Selangor, Johor dan Sarawak merupakan antara negeri yang menjadi perhatian utama dari segi bilangan titik panas atau hot spot kebakaran mengikut maklumat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurut JBPM, di seluruh Malaysia kini terdapat sebanyak 652 titik panas dan jumlah itu meliputi jenis kebakaran iaitu sampah, belukar, hutan dan gambut.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, dengan keadaan musim panas melanda negara ketika ini, pihaknya telah menyaksikan lonjakan dari segi jumlah kebakaran terbuka.

Jelas beliau, secara purata kebiasaannya jabatan itu menerima antara 40 hingga 60 kebakaran terbuka sehari namun sejak minggu lepas ia melibatkan sehingga 250 kawasan.

“Jangan mulakan kebakaran dan kalau nampak walaupun kecil, maklumkan kami segera,” katanya ketika menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023, Sijil Perkhidmatan 30 Tahun dan Sijil Perkhidmatan Terpuji JBPM Negeri Perak di sini, hari ini. – KOSMO! ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI