fbpx

Cuaca panas melebihi 38 darjah Celsius di Perlis, Pokok Sena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca panas tahap dua iaitu amaran gelombang haba dengan suhu 38 hingga 40 darjah Celsius di Perlis dan Pokok Sena, Kedah hari ini.

Menurut MetMalaysia, jangkaan cuaca panas dan kering dengan suhu 37 hingga 38 darjah Celsius juga dijangka berlaku di sekitar Pahang yang melibatkan Raub, Temerloh dan Bentong.

“Selain itu, cuaca panas dan kering ini masih dijangka berterusan di kebanyakan negeri Semenanjung dengan ketiadaan taburan hujan di sebelah pagi dan petang.

“Dalam pada itu, daerah Kota Belud, Sabah juga diramal menghadapi cuaca panas yang sama dengan suhu 35 hingga 37 darjah Celsius, tidak melebihi amaran tahap satu berjaga-jaga,” ujar MetMalaysia.

Sebaliknya, hujan lebat dan ribut petir pada sebelah petang masih berpotensi berlaku di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Pedalaman Perak, Selangor dan Johor.

“Sementara itu, ribut petir pada sebelah petang juga diramalkan berlaku di Sarawak yang melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI