fbpx

15 penjawat awam ditahan, terima rasuah lebih RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM) menahan 15 penjawat awam selepas disyaki menerima rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak secara haram melalui pintu masuk negara.

Tangkapan dilakukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM susulan Op Samba 2.0 yang dijalankan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak minggu lalu.

Sumber berkata, kesemua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an hingga 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan pada pukul 2 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara 2017 hingga 2023.

“Mereka yang ditahan dipercayai menerima wang lebih RM2 juta daripada sindiket bagi memudahkan kegiatan menyeludup tembakau kunyah, rokok, arak serta beberapa barangan lain,” katanya.

Susulan tangkapan itu, SPRM merampas barangan seperti telefon bimbit selain membekukan akaun bank kesemua suspek.

Sebelum ini, AML SPRM menangkap dan menahan reman 11 individu termasuk lima penjawat awam.

Modus operandi sindiket antaranya menggunakan khidmat ‘forwarding agent’ sebagai orang tengah bagi pembayaran habuan kepada penguat kuasa untuk melicinkan proses penyeludupan barangan terebut tanpa melalui pengisytiharan serta pemeriksaan sepatutnya.

Sindiket itu juga dipercayai menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.

Selain itu, sindiket juga dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan ‘syarikat hantu’, melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen.

Sementara itu, Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan 15 suspek tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, kesemua suspek akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI