fbpx

`Tok Wan’ dipenjara setahun, amang seksual fizikal kanak-kanak asuhan arwah isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun diperintah menjalani hukuman penjara setahun atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang juga anak asuhan arwah isterinya, tiga tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Taiping, Perak menjatuhkan hukuman itu selepas mengetepikan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada 11 Julai 2023. Hukuman berkuat kuasa bermula tarikh tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman Noor Ruwena Md. Nurdin memutuskan demikian pada 21 Februari lalu selepas membenarkan rayuan lelaki lapan anak itu terhadap hukuman manakala sabitan hakim bicara dikekalkan.

Beliau turut mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen yang mengarahkan warga emas tersebut menjalani sesi kaunseling di penjara serta pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat menjalani hukuman penjara.

“Mahkamah tidak mendapati sebarang kekhilafan terhadap fakta atau undang-undang dalam dapatan hakim bicara, namun hukuman yang dijatuhkan adalah keterlaluan dengan mengambil kira fakta kes,” ujar beliau dalam penghakiman bertulis bertarikh semalam yang diperoleh pihak media hari ini.

Lelaki berkenaan (perayu) dibicarakan terhadap tuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal kanak-kanak itu (kini berusia 13 tahun) di antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.20 petang, 28 Disember 2021 di sebuah rumah di Pengkalan Hulu, Perak.

Menurut penghakiman itu, kanak-kanak tersebut mengenali perayu yang dipanggil `Tok Wan’ kerana mangsa dan dua adiknya dipelihara oleh isteri perayu ketika ibunya keluar bekerja. Mereka tinggal bersebelahan kira-kira 10 tahun sebelum keluarga mangsa berpindah.

Keterangan ibu mangsa juga menyatakan, kanak-kanak itu berada dalam keadaan trauma selepas insiden itu dan kerap menyatakan `benci, benci, benci’.

Ketika ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Hulu, kanak-kanak itu menceritakan bahawa kejadian berlaku dalam tandas rumah lelaki itu ketika dia (mangsa) membasuh tangan selepas makan aiskrim.

Mahkamah turut berpuas hati bahawa keterangan lelaki itu bahawa dia hanya ingin membantu mangsa membersihkan tangan adalah pelik, apatah lagi dengan tindakan perayu `menyendal’ pintu tandas jika semata-mata bertujuan membantunya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI