fbpx

Proses pembinaan 18 pesawat FA-50M kini capai 26.7 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly ketika menjawab pertanyaan di Dewan Rakyat hari ini. FOTO JAPEN

KUALA LUMPUR – Proses pembinaan 18 pesawat pejuang ringan jenis FA-50M buatan Korea Selatan bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini sudah mencapai 26.7 peratus.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, berdasarkan jadual perolehan, dua pesawat pejuang ringan itu dijangka diterima suku ketiga 2026, manakala bakinya pula diperoleh  secara berperingkat hingga penghujung 2027.

“Nilai perolehan pesawat pejuang ringan itu ialah RM3.8 bilion berdasarkan perancangan TUDM menerusi Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).

“Ia menyasarkan perolehan pesawat platform tunggal dua tempat duduk yang berkemampuan melaksanakan tugas dwifungsi iaitu pesawat latihan lanjutan untuk latihan bakal juruterbang pejuang dan pesawat tempur ringan (LCA) bagi keperluan operasi.

“Mengikut perancangan, LCA akan digunakan hingga 2045 berdasarkan dasar casting, pesawat pejuang dan akan melalui program mid-life upgrade iaitu bagi memastikan ia kekal beroperasi sehingga tahun 2055,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang bertanyakan mengenai status terkini pembelian 18 pesawat FA-50M bagi kegunaan TUDM.

Terdahulu, pesawat pejuang ringan FA-50M yang bakal diperoleh TUDM membabitkan varian FA-50 Block 20 dan merupakan yang paling moden serta berkeupayaan berbanding varian diperoleh negara lain termasuk Korea Selatan dan beberapa negara di Asia Tenggara.

Pesawat pejuang ringan FA-50/T-50 itu turut digunakan oleh tentera udara Thailand, Indonesia dan Filipina di Asia Tenggara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI