fbpx

Piala FA: Detik kebangkitan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED mengesahkan slot separuh akhir Piala FA selepas menundukkan Liverpool pada aksi suku akhir awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag percaya kejayaan 4-3 ke atas Liverpool pada aksi suku akhir Piala FA awal pagi semalam bakal menjadi platform kebangkitan pasukan itu bagi mengharungi baki saingan musim ini.

United hampir terpaksa melupakan satu-satunya peluang memburu gelaran musim ini apabila terpaksa dua kali berada di belakang biarpun terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Scott McTominay.

Babak pertama menyaksikan mereka ketinggalan 2-1 sebelum sekali lagi ketinggalan 3-2 pada masa tambahan, namun berjaya mempamerkan kebangkitan luar biasa pada babak kedua masa kecederaan apabila meledak gol dengan Marcus Rashford dan Amad Diallo.

Kemenangan itu menyaksikan mereka berjaya meraih slot separuh akhir dan dijangka tidak ada masalah untuk mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut apabila dijadual turun menentang Coventry City.

Bekas pengendali Ajax itu percaya bahawa ia pasukan berada dalam keadaan stabil apabila hanya tewas dua kali dalam 12 perlawanan pada 2024 dan kejayaan menewaskan Liverpool akan menjadi batu loncatan untuk mereka bangkit.

“Ini akan menjadi momen terbaik, pasukan memiliki keyakinan dan tenaga yang hebat untuk melakukan perkara yang menakjubkan ini. Apabila anda berjaya menewaskan Liverpool, anda juga mampu tewaskan lawan yang lain,” katanya.

Perlawanan berkenaan juga menyaksikan United menurunkan tiga pemain muda berpengaruh mereka, Alejandro Garnacho, Kobbie Mainoo dan Diallo yang masuk sebagai pemain gantian serta wira pasukan dengan meledak gol kemenangan.

“Dalam tempoh 35 minit awal, kami menunjukkan bahawa pasukan ini memiliki masa depan yan cerah. Kami memiliki ramai pemain yang berpotensi, cuma perlu memastikan mereka keluar dan bermain dengan konsisten,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Antony yang dikritik teruk ekoran prestasi yang tidak memuaskan sebelum ini membuktikan dia masih lagi mampu memberikan sumbangan apabila meledak gol penyamaan ketika kedudukan 2-2 yang dianggap pencetus kebangkitan United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI