fbpx

Kemunculan Kate Middleton lenyap khabar angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kate dan William dirakam membeli-belah di sebuah kedai ladang di Windsor, Sabtu lalu. – The Sun UK

LONDON – Kemunculan pertama Princess of Wales, Kate Middleton di tempat awam sejak Januari lalu, menolak semua spekulasi liar mengenai dirinya ketika beliau dilihat tersenyum gembira dan berada dalam keadaan sihat, lapor portal berita MailOnline semalam.

Beberapa gambar Kate dan suaminya, Putera William dirakam oleh orang awam ketika pasangan diraja itu membeli-belah Windsor Farm Shop, Sabtu lalu.

Kate yang menjalani pembedahan perut pada Januari lalu kelihatan sihat, gembira dan tenang, sambil menjinjit beg beli-belah dan ketawa bersama William.

Menurut pakar bahasa badan, Judi James, sikap agak luar biasa wanita berusia 42 tahun itu menunjukkan beliau penuh bertenaga setelah sekian lama tidak muncul di tempat awam.

“Sungguh menakjubkan apabila melihat wanita yang paling dicari di dunia dan menjadi subjek spekulasi serta khabar angin di media sosial, tiba-tiba muncul seperti ini.

“Beliau kelihatan bukan sahaja sihat, malah penuh bertenaga dan sangat gembira serta tidak membuat sebarang percubaan untuk bersembunyi semasa keluar di khalayak ramai,” ujarnya.

Pelbagai spekulasi di media sosial dan media massa bertebaran kebelakangan ini mengenai keberadaan Kate sehinggakan tanda pagar #whereiskate mula menjadi ‘trending’.

Ini diburukkan lagi oleh isu gambar Hari Ibu melibatkan potret Kate bersama tiga anaknya yang disunting sendiri sekali gus menguatkan desas-desus.

Antara gosip liar yang menjadi sebutan ramai termasuk beliau menjalani pembedahan pada punggung dan berada dalam keadaan koma. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI