fbpx

Bundesliga: Bayern ikrar terus buru takhta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE turut meledak satu gol ketika Bayern mencatat kemenangan ke atas Darmstadt pada aksi Bundesliga awal pagi semalam. - AFP

DARMSTADT – Bayern Munich masih belum berputus asa dalam perebutan takhta Bundesliga musim ini selepas mencatat kemenangan besar 5-2 ke atas Darmstadt di Stadium Bollenfalltor awal pagi semalam.

Meskipun dianggap sudah jauh ketinggalan dengan pendahulu liga, Bayer Leverkusen, namun Bayern enggan mengibar bendera putih terlalu awal memandangkan saingan liga masih berbaki lapan perlawanan lagi.

Jurulatih Bayern, Thomas Tuchel meluahkan rasa gembiranya atas kemenangan tersebut yang dianggap mampu menjadi pencetus kepada kebangkitan skuad The Bavarians menjelang suku akhir Liga Juara-Juara nanti.

“Sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan hari ini (semalam) kerana kami memang layak untuk bawa pulang tiga mata berdasarkan aksi yang ditampilkan. Kami mencipta banyak peluang menjaringkan gol dan sepatutnya menang dengan jaringan lebih besar.

“Bagaimanapun, saya masih belum berpuas hati sepenuhnya kerana kami melepaskan dua gol kepada mereka. Aksi keseluruhan agak longgar dan pemain-pemain banyak kehilangan bola,” katanya.

Pada perlawanan itu, Jamal Musiala meledak dua gol sementara tiga lagi gol dijaringkan Harry Kane, Serge Gnabry dan Mathys Tel, manakala tuan rumah melakukan jaringan menerusi Tim Skarke dan Oscar Vilhelmsson.

“Kami mengharungi minggu yang cukup cemerlang dengan beberapa pemain penting mula kembali daripada masalah kecederaan. Suasana dalam pasukan sangat baik ketika ini dan keyakinan pemain-pemain semakin meningkat,” ujar Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI