fbpx

Pagi medan selera, malam jadi pusat pelacuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara medan selera yang diserbu polis selepas disyaki menawarkan perkhidmatan pelacuran.

KUALA LUMPUR – Taktik licik pusat pelacuran berselindung di sebalik medan selera terbongkar selepas menjadi antara 11 premis diserbu polis di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Bukit Bintang, semalam.

Setiap harga wanita pelayan pelanggan (GRO) ditetapkan melalui Kalung Bunga yang mana menjadi simbolik harga tertentu dan kemudiannya pelanggan boleh membawa keluar perempuan warga asing tersebut bagi tujuan perkhidmatan seks.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua premis itu diserbu pasukan polis bermula pukul 2.50 petang sehingga pukul 11 malam.

“Premis diperiksa terdiri daripada dua medan selera, dua premis pelacuran dan tujuh premis urut yang beroperasi sekitar Jalan Pudu dan Bukit Bintang.

“Hasil serbuan, seramai 47 individu iaitu 25 wanita warga asing, lelaki warga asing (14), lelaki tempatan (6), dan wanita tempatan (2) yang kesemua berusia antara 18 sehingga 60 tahun.

“Kesemua ditahan berperanan sebagai penjaga premis (8), perempuan pelayan pelanggan (6), pelacur (4), tukang urut wanita (15) dan tukang urut lelaki (14),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan disyaki digunakan bagi perkhidmatan seks, peralatan muzik, resit dan lesen perniagaan, telefon bimbit, kalungan bunga serta wang tunai berjumlah RM4,730.

“Siasatan awal mendapati, medan selera berkenaan menggunakan taktik memberikan kalungan bunga yang mana pelanggan akan membayarnya dengan harga tertentu.

“Selepas bayaran dibuat, pelanggan akan membawa keluar wanita warga asing terbabit bagi tujuan perkhidmatan seks,” katanya.

Katanya, kesemua individu yang ditahan akan direman untuk siasatan lanjut. Noor Dellhan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI