fbpx

Moga saya tabah, berani – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMPENA ulang tahun ke-30, Bella Astillah memanjatkan doa agar dirinya diberikan ketabahan dan kekuatan dalam mendepani segala dugaan.

PETALING JAYA – Tiada apa yang diharapkan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30 semalam selain untuk menjadi lebih sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran.

Hasrat ibu kepada dua cahaya mata itu telah dikongsikan kelab peminatnya, Bella Astillah Fans dalam Facebook.

“Hari ini (semalam), cukup umur Dayang Ara Nabellah Awang Astillah yang ke-30 tahun.

“Semoga di usia yang baharu ini, saya lebih sabar dan tabah dalam menghadapi setiap rintangan,” ujarnya.

Pada masa sama, selebriti bertubuh genit itu juga memohon doa supaya menjadi lebih berani dalam meraih impian dan memperjuangkan apa yang diinginkan.

“Doakan saya lebih berani dalam meraih impian dan memperjuangkan apa yang saya inginkan.

“Bella sayang kamu semua,” ucapnya.

Tidak lagi mahu berdolak-dalih, kali ini Bella nekad untuk bercerai dan mengakhiri perkahwinan dengan Aliff atau nama lengkapnya, Mohammad Aliff Aziz selepas berkali-kali dicurangi lelaki itu.

Bella telah memfailkan permohonan perceraian daripada Aliff, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, 11 Mac lalu. Manakala sebutan kali pertama kes perceraian mereka telah berlangsung pada 13 Mac 2024.

Bagaimanapun, peguam syarie mewakili Bella, iaitu Azmi Mohd. Rais berkata, Aliff tidak hadir atas urusan penggambaran dan prosiding diteruskan bulan depan.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Sabtu lalu.

Ruhainies bagaimanapun mendakwa berkawan dengan Aliff sejak lebih 10 tahun lalu dan mereka sedang menjalani penggambaran drama Terjerat.

Bella dilapor menarik diri daripada meneruskan penggambaran drama terbitan OrangeTree Production bagi tayangan platform penstriman, iQIYI itu.

Sebelum ini, Aliff beberapa kali dilaporkan bermain kayu tiga dengan rakan gandingannya dalam beberapa drama termasuklah Afifah Nasir dan Sophia Albarakbah – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI