fbpx

Remaja 17 tahun dilarikan, dipukul beramai-ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan seorang lelaki dipukul beberapa individu sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan dipercayai berlaku di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun cedera parah selepas dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di Taman Kota Masai, Pasir Gudang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, ekoran kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di telinga kiri serta lebam di beberapa bahagian termasuk pipi, leher, bahu dan belakang badan.

Susulan kejadian itu, polis memberkas tiga suspek berusia 15 hingga 37 tahun hari ini bagi membantu siasatan.

“Kejadian yang turut tular di media sosial itu berlaku pada pukul 5 petang semalam. Berdasarkan rakaman, mangsa dipukul dengan topi keledar di kawasan perumahan sebelum dibawa masuk ke dalam kereta Proton Satria.

“Siasatan awal mendapati remaja tersebut dibawa ke sebuah rumah di kawasan berhampiran dan dipukul dengan kayu cota serta beberapa objek lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, salah seorang suspek yang ditahan mempunyai 26 rekod jenayah selain positif dadah jenis methamphetamine.

“Motif kejadian itu masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 363, Seksyen 148 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,: katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI