fbpx
SEORANG pekerja sedang memotong ayam yang dipesan pelanggan di Kampar semalam.

Peniaga resah ayam segar tak laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMPAR – “Dulu senang sahaja jual ayam 100 ekor sehari, sekarang jual 50 ekor pun susah”.

Demikian keluhan seorang peniaga ayam segar, Abdul Hamid Jaafar, 56, apabila perniagaan bahan mentah utama makanan itu tidak begitu laris seperti kebiasaan.

Dia yang telah 20 tahun berniaga ayam itu resah memikirkan perniagaanya jika keadaan itu terus berlarutan.

“Mungkin ramai orang tengah berjimat-jimat sekarang, maklumlah baru habis belanja sekolah anak tambah lagi kena berjimat nak raya,” jelasnya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Abdul Hamid, ba­nyak faktor kemungkinan orang tidak beli ayam ketika ini, tetapi kebiasaan Ramadan orang ramai akan berbelanja lebih.

“Saya fikir mungkin ia di­sebabkan faktor ramai pembeli telah habiskan duit untuk hal ehwal persekolahan anak selain bertembung dengan Ramadan dan menjelang Aidilfitri pula,” katanya.

Jelasnya, berbanding dahulu, pembeli biasanya akan membeli seekor hingga dua ekor ayam sekali gus, namun kini hanya setengah ekor sahaja.

“Ramai pembeli mendakwa terpaksa mencatu makanan ke­rana harga barangan keperluan yang naik sekarang jadi mereka membeli dengan sekadarnya sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, dia hanya untung 90 sen bagi setiap sekilogram ayam segar yang dijual.

“Keuntungan makin kecil tidak seperti dahulu selain perlu membayar sewa tapak niaga, minyak kenderaan dan pekerja lagi.

“Sejak berniaga dah lebih 20 tahun berniaga selain faktor umur, apa pekerjaan lain yang boleh saya lakukan selain jual ayam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN