fbpx

Fahmi Fadzil janji selesaikan gaji KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (baju biru) menyatakan komitmennya selaku penaung KL City untuk selesaikan isu gaji yang dihadapi pasukan itu.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyatakan komitmen beliau sebagai penaung Kuala Lumpur City bahawa segala tunggakan yang dihadapi pasukan itu akan diselesaikan secepat mungkin.

Walaupun tarikh untuk KL City melakukan sekurang-kurangnya 50 peratus sudah pun tamat semalam, Fahmi merasakan beliau mempunyai tanggungjawab untuk pastikan segala tunggakan KL City dapat diselesaikan.

“Jun lalu saya dilantik sebagai penaung dan baru-baru ini beberapa pihak daripada KLFA (Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur) serta KL City jumpa dengan saya berbincang beberapa perkara.

“Dua hari lalu saya, Stanley Bernard (Ketua Pegawai Eksekutif KL City), Dr. Zaliha Mustafa (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Bandar (Datuk Kamarulzaman Mat Salleh) sudah capai kata putus untuk segerakan beberapa perkara untuk bantu buat bayaran.

“Saya sudah minta Datuk Bandar berhubung dengan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) untuk nyatakan komitmen selesaikan perkara ini. InsyaAllah ikut proses tertentu kita akan lunaskan apa yang kita berhutang terutama kepada pemain,” katanya pada Program Teh Hijau anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

Menurut laporan sebelum ini, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan KL City diarahkan untuk membuat pembayaran pertama sebanyak 50 peratus pada atau sebelum 15 Mac 2024 dan penyelesaian penuh pada atau sebelum 29 Mac 2024.

Kegagalan untuk membuat pembayaran seperti tarikh yang ditetapkan itu bakal mengakibatkan kedua-dua kelab Liga Super itu dikenakan sekatan perpindahan pemain berserta denda atau berdepan hukuman penarikan Lesen Kebangsaan oleh First Instance Body (FIB). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI