fbpx

Terbuka kepada penggantian skim pencen, tapi tidak kurangkan faedah – Cuepacs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADNAN Mat menuangkan bubur lambuk dalam bekas makanan pada majlis penyerahan bubur lambuk oleh Auegcas di Ipoh hari ini.

IPOH – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) terbuka kepada penggantian sistem pencen penjawat awam, namun ia mestilah tidak mengurangkan faedah sedia ada.

Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat menegaskan, Cuepacs masih mempertahankan skim tetap dan berpencen sebagai yang terbaik untuk penjawat awam.

Bagaimanapun katanya, jika merasakan formula itu tidak menggambarkan kewangan kukuh kerajaan, pihaknya sedia menerima sebarang usaha penambahbaikan, tetapi mestilah situasi menang-menang serta dalam konteks tidak kurangkan faedah.

“Jika hendak membuat buat penambahbaikan, ia boleh dibuat penambahbaikan tetapi dalam konteks perkataan no less favorable atau tidak kurang faedah daripada apa yang kita ada pada hari ini.

“Kami terbuka, tetapi kami tutup jika ia kurang faedah daripada yang sedia ada pada hari ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan bubur lambuk oleh Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (Auegcas) di sini hari ini.

Sejak beberapa bulan lalu, isu sistem pencen menjadi perhatian negara apabila dikatakan faedah itu bakal menyebabkan kerajaan menanggung beban besar dalam jangka masa panjang. Seterusnya, timbul cadangan pemansuhan skim tersebut.

Semasa sesi Dewan Rakyat semalam, dilaporkan bahawa tanggungan kerajaan ke atas pembayaran pencen merangkumi pesara perkhidmatan awam, Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran, setiausaha politik serta hakim meningkat lebih RM1 bilion setiap tahun. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI