fbpx

Seluruh England: Pearly-Thinaah singkir beregu No.1 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kiri) dan Thinaah menampilkan aksi cukup bertenaga ketika menewaskan Qing Chen-Yi Fan di pusingan kedua Seluruh England sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah melakar kejutan terbesar pada Kejohanan Badminton Seluruh England apabila menumbangkan pasangan No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan di pusingan kedua.

Pada perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham sebentar tadi, bekas juara Terbuka Perancis itu menampilkan aksi cukup bertenaga untuk mencatat kemenangan straight set 22-20, 21-16 dalam tempoh 49 minit.

Keputusan itu menyaksikan Pearly-Thinaah menunaikan janji mereka untuk menampilkan aksi lebih baik di Seluruh England selepas tersingkir seawal pusingan pertama pada Terbuka Perancis minggu lalu.

Lebih manis, ia merupakan kemenangan pertama beregu No.15 dunia itu ke atas Qing Chen-Yi Fan selepas tewas dalam kesemua lima pertemuan sebelum ini.

Sepanjang perlawanan itu, Pearly-Thinaah dilihat menggunakan taktik bertahan selain memanfaatkan setiap peluang yang terhidang untuk melakukan serangan demi serangan ke arah pemain lawan.

Menanti Pearly-Thinaah di pusingan suku akhir nanti adalah beregu Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto yang menyingkirkan Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia menerusi aksi tiga set 14-21, 21-10, 21-16.

Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai gagal mengikut jejak langkah Pearly-Thinaah ke suku akhir apabila tewas 12-21, 5-21 kepada Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI