fbpx

Isu khalwat selebriti: Jawi sahkan laporan siasatan sudah lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Naim ketika sesi sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Iftar Rahmah Madani 2024 di Masjid Al-Akram Datuk Keramat di sini, hari ini. Foto: SYAKIR RADIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Naim Mokhtar mengesahkan laporan siasatan melibatkan pasangan selebriti yang terpalit isu khalwat baru-baru ini, sudah lengkap.

Mohd. Naim berkata, laporan berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan minggu ini bagi mendapatkan tarikh pendakwaan.

Jelasnya, ia berikutan keputusan pendakwaan adalah di luar bidang kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Namun, ia masih agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), jadi laporan tu akan diserah kepada pendakwa syarie dan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

“Jadi kena tunggu pihak berkenaan buat keputusan untuk memulakan pendakwaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap di Majlis Pelancaran Iftar Rahmah Madani 2024 du Masjid Al-Akram Datuk Keramat, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Jawi mengesahkan tangkapan pasangan selebriti dipercayai berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada malam Jumaat.

Susulan itu, Mohd Naim berkata, bahagian penguatkuasaan Jawi akan melakukan tindakan secara bebas dan adil berdasarkan aduan diterima selepas melakukan siasatan dan mendapati ia berlaku seperti dilaporkan serta akan melakukan tangkapan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI