fbpx

Detik istimewa Raya bersama Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAYA muncul wira Arsenal apabila berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti Porto pada aksi timbal balik pusingan 16 awal pagi semalam. – ARSENAL

LONDON – Wira Arsenal, ­David Raya merasakan dia mampu menyelamatkan tiga sepakan penalti Porto ketika menewaskan kelab Portugal itu 4-2 pada penentuan sepakan penalti ketika aksi timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Penjaga gol Sepanyol ber­usia 28 tahun itu mengakui, dia sedang dilamun mimpi indah kerana berpeluang memainkan peranan besar selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat.

“Perasaan yang cukup hebat terutamanya buat diri saya. Ini adalah Liga Juara-Juara pertama saya dan juga kejayaan buat kelab kerana mara ke suku akhir sejak 2010.

“Kami sudah bersiap sedia dengan sepakan penalti kerana detik seperti ini memerlukan kami berada pada tahap terbaik dan kerja keras kami menuai hasil.

“Saya sepatutnya mampu selamatkan tiga sepakan Porto, namun dua sudah memadai ­untuk saya dilamun mimpi ­indah layak ke suku akhir,” kata Raya yang dipinjam dari Brentford.

Porto yang menang 1-0 pada perlawanan pertama dua ming­gu lalu dihimpit kecewa kerana jaringan tunggal Leandro Trossard pada minit ke-41 dalam aksi kali ini sudah cukup untuk mengheret permainan ke ­penentuan penalti.

Pada detik penentuan itu, Raya cemerlang menafikan sepakan Wendell dan Wenderson Galeno, manakala Martin Odegaard, Kai Havertz, Bukayo Saka serta Declan Rice berjaya menyempurnakan sepakan penalti buat Arsenal.

“Porto menjadikan aksi ini sukar, namun apabila kami menjaringkan gol, jelas sekali ia menunjukkan mental kami begitu kuat apabila mampu mengekang lawan hingga diheret ke penentuan penalti,” tambah Raya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI