fbpx

Anwar jemput firma Jerman, Eropah melabur di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput Jerman serta perniagaan di seluruh Eropah untuk melabur di Malaysia.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai tenaga buruh yang mahir, infrastruktur yang moden serta dasar ekonomi yang jelas bagi memberi pulangan ekonomi yang baik kepada negara itu.

Katanya, perkara itu terbukti dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh syarikat-syarikat Jerman yang sudah lama beroperasi di negara ini.

“Sudah pasti kami terbuka untuk rundingan. Bagi anda yang menembusi pasaran China, maka anda perlukan pangkalan penting di Malaysia.

“Kami akan sediakan pangkalan tersebut bagi tujuan mengeksport seperti yang dilakukan oleh Volkswagen, Airbus, Siemens dan Infineon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di acara SME Future Day anjuran Pertubuhan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (BVMW) semalam.

Anwar berkata, Malaysia mempunyai dasar ekonomi yang jelas dan berupaya untuk menawarkan peluang pelaburan dan perdagangan yang lumayan.

“Dalam rangka Ekonomi Madani, kami meletakkan sasaran peralihan tenaga yang jelas. Malaysia akan menjadi hab utama di rantau asia tenggara bagi teknologi hijau, untuk hidrogen dan ammonia.

“Tenaga hidro juga besar, mungkin yang terbesar di rantau ini sehingga boleh dieksport ke ibu negara baharu Indonesia. Termasuk kabel bawah laut untuk tenaga hidrogen yang dibekalkan dari Sarawak ke Singapura dan Semenanjung Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI