fbpx

Along paksa, tukar hak milik kenderaan peminjam dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli pada sidang akhbar di Menara KPJ, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh AMARULLAH ZAINUZZAMAN

KUALA LUMPUR – Ceti haram atau along dikesan menjalankan taktik baharu apabila meminta peminjam menyerahkan kenderaan kepada syarikat sebelum melakukan penukaran hak milik sekiranya gagal melunaskan pinjaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, taktik tersebut terbongkar susulan satu serbuan dilakukan di sebuah premis perniagaan di Sungai Besi, di sini, Isnin lalu.

Katanya, kesemua warga tempatan terdiri daripada 10 lelaki dan empat wanita itu ditahan disyaki terlibat dengan aktiviti itu.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan mendapati sindiket tersebut beroperasi di bawah sebuah syarikat dikenali dipercayai menjalankan aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen dengan mempromosikan aktiviti tersebut melalui Facebook.

“Untuk mendapatkan pinjaman, peminjam dikehendaki menyerahkan kenderaan mereka kepada syarikat terbabit sebagai jaminan.

“Proses ini memerlukan pelanggan membayar yuran tambahan seperti bayaran penukaran hak milik kenderaan dan pemasangan peralatan sistem kedudukan global (GPS),” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Menurut beliau, sebelum wang diberikan, peminjam perlu menandatangani surat persetujuan penjualan kenderaan dan perjanjian sewaan sebelum wang diserahkan.

“Sekiranya pinjaman gagal dilunaskan, pemilikan kenderaan akan ditukar kepada syarikat milik sindiket tanpa pengetahuan peminjam,” katanya.

Mengulas lanjut, menurut Ramli, kegiatan tersebut terbongkar selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang mangsa apabila kereta Toyota Vellfire ditukar hak milik selepas membuat pinjaman daripada sindiket terbabit.

Jelas beliau, mangsa membuat pinjaman sebanyak RM20,000 namun hanya menerima jumlah wang kira-kira RM16,000 daripada sindiket terbabit selain keretanya ditukar hak milik.

“Kesemua tangkapan ditahan reman sehingga hari ini bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) dan 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI