fbpx

Profesor perubatan ancam letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG doktor menentang rancangan kerajaan mengambil lebih ramai pelajar perubatan di Seoul pada 3 Mac lalu. - AFP

SEOUL – Profesor-profesor perubatan di seluruh Korea Selatan mengugut untuk meletak jawatan sebagai sebahagian daripada protes terhadap dasar baharu yang diumumkan kerajaan, lapor akhbar The Korean Times kelmarin.

Ancaman itu dibuat ketika doktor-doktor pelatih meneruskan tentangan mereka terhadap rancangan kerajaan untuk meningkatkan kuota pengambilan pelajar perubatan di universiti.

Sebilangan profesor perubatan kini sebulat suara memutuskan untuk menyerahkan surat peletakan jawatan secara beramai-ramai pada Isnin depan, melainkan kerajaan membentangkan apa yang dipanggil ‘langkah rasional’ untuk menangani situasi itu.

Mereka mencadangkan supaya kerajaan menangguhkan keputusan berhubung dasar tersebut  sehingga tahun depan.

Kumpulan profesor yang berkhidmat di fakulti-fakulti perubatan termasuk Universiti Kebangsaan Seoul, sebelum ini menyatakan kebimbangan bahawa doktor-doktor pelatih yang meletak jawatan mungkin menerima tindak balas teruk daripada kerajaan.

Sebelum ini, kerajaan Korea Selatan menganggap tindakan doktor pelatih meletak jawatan secara beramai-ramai adalah salah. Ia sedang mengambil langkah untuk menggantung lesen perubatan mereka.

Lebih 90 peratus daripada 13,000 doktor pelatih telah bertindak meletak jawatan secara beramai-ramai sejak lebih tiga minggu lalu.

Mereka bertindak sedemikian kerana memprotes keputusan kerajaan untuk meningkatkan pengambilan pelajar perubatan di universiti daripada 3,058 ketika ini kepada 5,058 orang pada tahun depan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI