fbpx

Disamun empat lelaki berparang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LANGAT – Empat lelaki diburu selepas menyamun sebuah keluarga dalam sebuah rumah di Telok Panglima Garang, baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.32 petang, Ahad lalu mengakibatkan keluarga tersebut kerugian wang tunai RM1,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 26 tahun yang merupakan pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan berhubung kejadian samun itu,

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati kesemua suspek yang menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Ativa dan bersenjatakan parang telah memasuki kedai runcit milik nenek pengadu.

“Suspek kemudiannya telah memasuki rumah mangsa melalui pintu hadapan yang berada di tingkat atas kedai runcit.

“Bagaimanapun, suspek bertindak melarikan diri selepas ibu pengadu bangun dan menjeritkan suaminya yang sedang tidur di dalam bilik. Akibat kejadian itu, keluarga tersebut kerugian RM1,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes kini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dengan usaha giat dilakukan bagi mengesan suspek terlibat.

Sehubungan itu, kata Ahmad Ridhwan, mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan ibu pejabat polis daerah ini ditalian 03-31872222. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI