fbpx

2 jam angkat mayat lelaki Singapura jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dan kereta Proton Persona yang ditemui di kawasan cerun dekat Jalan Paya Terubong, hari ini.

GEORGE TOWN – Bomba mengambil masa dua jam untuk mengangkat mayat lelaki Singapura yang ditemui di kawasan cerun bukit di Paya Terubong di sini, petang tadi selepas kereta yang dia pandu terbabas dan terjunam sehingga 48 meter.

Mayat, Bennedd Chew Wei Fung, 29, itu ditemui tidak jauh dari lokasi kereta jenis Proton Persona tersebut.

Penolong Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Muzamer Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 12.59 tengah hari tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa juga dilaporkan hilang tanpa khabar sejak empat hari lalu. Keadaan mayatnya juga dilihat sudah kembung dan mula berbau.

“Kerja-kerja membawa keluar mangsa dilakukan kira-kira dua jam dengan menggunakan strecther,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Beritahu beliau lagi, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak ST. John yang berada di tempat kejadian dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, operasi penyelamatan kemalangan jalan raya itu selesai pada pukul 2.30 petang. -KOSMO! ONLINE

HABIS//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI