fbpx
Peniaga memotong daging lembu tempatan untuk dijual kepada pelanggan ketika tinjauan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu semalam. – Rosliza Mohamed

Permintaan tinggi, 40 ekor lembu disembelih sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Sebanyak 40 ekor lembu disembelih berikutan permintaan luar biasa rakyat Kelantan terhadap daging segar tempatan bagi menyambut Ra­madan tahun ini.

Perkara itu diakui peniaga daging lembu di Pasar Besar Siti Khadijah, Ikhtiarudin Abdul Rahim, 36, yang memberitahu, bilangan lembu yang disembelih meningkat setiap kali menjelang bulan puasa.

Katanya, pada hari biasa, kira-kira 25 ekor lembu disembelih dan dijual kepada pelanggan.

“Permintaan daging lembu segar meningkat pada bulan Ramadan kerana ramai yang menempahnya untuk dibuat serun­ding.

“Ada juga pelanggan yang membeli untuk dimasak sebagai juadah bersahur dan berbuka puasa,” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Siti Khadijah semalam.

Ikhtiarudin memberitahu, harga daging segar adalah RM32 sekilogram, manakala tulang pula RM27 sekilogram.

Seorang lagi peniaga, Mat Rashid, 64, berkata, dia kekal de­ngan rutin harian menyembelih seekor lembu walaupun pada bulan Ramadan.

Katanya, dia tidak kisah perlu bersaing dengan peniaga-peniaga lain kerana mempunyai pe­langgan tetap.

“Lagipun saya jual daging ikut harga pasaran semasa,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Salina Hamat, 50, berkata, setiap kali tiba bulan Ramadan, sup dan daging goreng menjadi menu utama sama ada untuk bersahur atau berbuka puasa.

Wanita itu membelanjakan lebih RM50 untuk membeli da­ging dan tulang di pasar ber­kenaan semalam.

Di Hulu Terengganu, orang ramai memenuhi Pasar Tani Kuala Berang semalam untuk membuat persiapan akhir membeli barangan keperluan bagi me­nyambut Ramadan yang bermula hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati sayur-sayuran, daging lembu dan ayam laris dibeli pengguna.

Peniaga daging, Nordin Mat Zain, 41, berkata, lebih 100 kilogram (kg) daging lembu dijual dalam masa dua jam bermula pada pukul 7.30 pagi.

“Permintaan sehari sebelum 1 Ramadan memang tinggi bukan sahaja oleh pelanggan biasa, malah peniaga bazar Ramadan juga membeli­nya dalam kuantiti yang banyak,” katanya.

Nordin memberitahu, dia menyembelih dua ekor lembu dan me­ngupah dua pekerja untuk membantu melayan pelanggan.

Peniaga ayam, Nor Fatin Aqilah Mat Rabi, 29, pula berkata, sebanyak 200 ekor terjual semalam bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN