fbpx
Koleksi Saadiah (kiri) berupa kaftan dengan ikatan tali di pinggang mampu menyerlahkan bentuk tubuh si pemakai.

Keunikan kaftan polos trendy berikat tali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

APABILA memilih busana yang mahu digayakan di pagi raya, golongan wanita khususnya pasti akan mencari pakaian yang bukan sahaja mempunyai rekaan trendy tetapi juga selesa dipakai.

Hal ini kerana hari tersebut boleh menjadi begitu sibuk dan padat dengan pelbagai aktiviti, daripada memasak juadah raya sehinggalah menziarahi sanak saudara.

Memahami keperluan wanita untuk berbaju selesa sepanjang Aidilfitri, anak kelahiran Kemaman, Terengganu yang mengasaskan jenama pakaian wanita She Dazzle menampilkan seleksi busana.

Menurut Zara Salim, 43, She Dazzle memfokuskan pada busana wanita mesra hijab yang diasaskan dari kampung halamannya di Kemaman.

Ia menampilkan seleksi busana kasual sehinggalah busana tradisional untuk Hari Raya Aidilfitri yang bukan sahaja cantik, malah harganya juga mampu milik.

“Frasa ‘Gorgeously You’ menjadi falsafah di sebalik penubuhan She Dazzle semenjak 2011, sehinggalah saya berjaya membuka butik ‘flagship’ di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 2020.

“She Dazzle sentiasa berusaha untuk menyediakan pakaian daripada fabrik terbaik pada harga yang berpatutan.

“Melalui penyelidikan atau R&D yang dijalankan bertahun-tahun selain usaha berterusan untuk menyediakan pakaian yang berkualiti tinggi, kami bangga dengan pencapaian jenama ini yang kini merupakan antara pilihan golongan fashionista di Malaysia,” kongsinya.

Zara menambah, She Dazzle juga sudah menghasilkan ribuan koleksi pakaian bersifat effortless bagi kategori busana kasual sehinggalah koleksi Hari Raya.

SHE DAZZLE terlibat dalam pertunjukan fesyen Bazar Siberturahim anjuran CIMB di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) baru-baru ini.

Malah, salah satu busana kasual iaitu Lalisa menjadi koleksi paling disukai Zara kerana material yang digunakan iaitu ‘breathable scuba’ merupakan sejenis fabrik inovatif yang selesa dan nampak kemas.

Bercakap tentang koleksi Aidilfitri 2024 pula, Zara memberitahu, untuk tahun ini, She Dazzle mengeluarkan 15 jenis baju raya yang boleh dipilih peminat jenama itu untuk lebaran.

Kesemuanya dihasilkan menggunakan fabrik bermutu tinggi bagi memastikan pemakai kekal selesa sepanjang hari.

Zara menambah, koleksi Saadiah merupakan salah satu koleksi bermakna buatnya bagi tahun ini dek kerana rekaannya yang unik.

Saadiah menampilkan rekaan kaftan polos dengan potongan moden. Ia juga disertai dengan tali pada bahagian pinggang yang boleh dipakai untuk menyerlahkan lagi bentuk badan si pemakai.

Didatangkan dalam enam rona pilihan, fabrik Saadiah yang beralun juga menjadikan busana itu tampak elegan untuk digayakan saat beraya bersama keluarga.

Malah, rekaan itu juga merupakan kesinambungan daripada satu lagi rekaan She Dazzle yang popular pada tahun lalu iaitu Anggun.

She Dazzle juga merupakan salah satu jenama tempatan yang terpilih untuk menyertai bazar Bazar Siberturahim Fashion Fest anjuran bank CIMB.

Bazar tersebut menampilkan siri pertunjukan fesyen hasil karya para pereka fesyen tempatan selain jenama gaya hidup yang dihasilkan oleh pereka berbakat di negara ini, yang juga merupakan sebahagian daripada usaha

CIMB dalam menyokong pereka tempatan dan menggalakkan pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam pelbagai sektor perniagaan.

Berkongsi perasaan dapat mempamerkan koleksinya di Bazar Siberturahim anjuran bank CIMB baru-baru ini, Zara memberitahu dia teruja apabila menjadi salah satu label tempatan yang terpilih.

“Saya berbesar hati kerana dapat menyertai Bazar Siberturahim yang dianjurkan oleh CIMB kerana ini adalah satu platform yang meraikan semangat lebaran dengan menghubungkan peminat dan pereka fesyen, di samping memberi sokongan kepada jenama tempatan yang juga pengusaha PKS seperti She Dazzle,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN