fbpx

Khalwat Aliff Aziz, Aisyah minta netizen ‘puasa’ sebar aib orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIK Aliff, Aisyah Aziz mohon orang agar menahan diri dariada terlalu ghairah menyebarkan aib orang lain.

PETALING JAYA – Menggemparkan industi hiburan, natijah kes tangkap khalwat pelakon Aliff Aziz bersama Ruhainies turut memberi tamparan hebat cukup kuat kepada keluarga kedua-dua pihak.

Berat namun adik kepada selebriti asal Singapura yang juga penyanyi, Aisyah Aziz mengakui terpaksa berdepan situasi tersebut dengan hari terpaksa tanpa menghukum mana-mana pihak kerana sedar perbuatan menyebarkan cerita buruk orang lain tanpa kesahihan merupakan satu kepuasan bagi sesetengah pihak.

“Kami sekeluarga menerima tamparan hebat, bagaimanapun saya tidak boleh menilai anda semua mengenai perkara itu.

“Mungkin anda tidak tahu mengenai perkara itu. Mungkin bercakap dan menyebarkan membuatkan anda berasa lebih baik,” luahnya dalam Instagram Story.

Penyanyi berusia 30 tahun itu turut berharap orang ramai dapat menahan diri daripada menyebarkan kenyataan palsu berhubung kes membabitkan abangnya itu.

Aisyah juga menyatakan insiden yang menimpa darah dagingnya itu mungkin boleh terjadi kepada sesiapa pun.

Malah kongsinya lagi, setiap insan mempunyai kekurangan, namun Allah menutup aib hamba-Nya, sekali gus meminta masyarakat tidak menjadi golongan penyebar aib orang lain.

“Tapi saya berharap anda semua boleh menahan godaan daripada menyebarkan maklumat tidak benar atau aib kerana kita mungkin akan diuji dengannya.

“Kita semua ada kekurangannya. Allah telah menutupi aib kita dari seluruh dunia, (jadi) janganlah kita menjadi sebahagian daripada mereka yang menyebarkan aib
orang lain,” ujarnya.

Pada awal pagi Sabtu lalu, Aliff dan Ruhainies yang digandingkan dalam drama Terjerat ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Mereka yang ditahan di pejabat agama pada awal pagi bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan pada petang hari sama, sementara menanti pendakwaan di mahkamah syariah dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Aliff dan Ruhainies mengeluarkan kenyataan serentak dalam akaun media sosial masing-masing meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI