fbpx

SPRM Kedah, NACC Songkhla jalin kerjasama banteras rasuah di sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai SPRM Kedah dan NACC Songkhla bersama agensi penguatkuasaan di sempadan yang terlibat Program Pencegahan Jenayah Rasuah Rentas Sempadan di ICQS Bukit Kayu Hitam, hari ini.

BUKIT KAYU HITAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menjalinkan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand (NACC) Songkhla dalam usaha mengekang rasuah yang melibatkan jenayah di sempadan khususnya penyeludupan.

Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail berkata, kerjasama itu antaranya melibatkan penyaluran maklumat antara kedua-dua pihak tersebut, selain agensi penguat kuasa lain di sempadan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan polis.

“Sebagai contoh hari ini kita mengadakan mesyuarat di Sadao dengan NACC Songkhla bersama pihak imigresen dan kastam. Banyak perkara yang kita bincang tentang jenayah sempadan berkaitan rasuah.

“Bersama NACC Songkhla, kita ada kerjasama sejak dahulu yang mana setiap tahun kita akan mengadakan mesyuarat di Bukit Kayu Hitam atau di Thailand berkaitan ini bersama pihak imigresen dan kastam untuk erat kerjasama. Kita berharap untuk tingkatkan rangkaian kerjasama kita dengan Thailand,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya pada masa sama menawarkan ganjaran kepada orang awam atau penjawat awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan rasuah di sempadan.

“Kita membuat seruan ini kerana di Malaysia ada peruntukan untuk ganjaran diberikan kepada pemberi maklumat supaya masyarakat dan penjawat awam beri maklumat supaya kita dapat mencegah perkara ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI