fbpx

Presiden muay thai disyaki terlibat kes pukul, ugut direman dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden sebuah persatuan muay thai (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini untuk prosiding reman.

KOTA BHARU – Presiden sebuah persatuan muay thai yang merupakan salah seorang daripada empat individu diburu polis sebelum ini direman dua hari bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah di daerah ini, baru-baru ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 56 tahun yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Hafizul Awang di Mahkamah Majistret di sini.

Tahanan reman itu bagi membolehkan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek dibawa Mahkamah Majistret pada pukul 9.50 pagi tadi untuk prosiding reman.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika ditemui pemberita di Pasir Mas dekat sini sebentar tadi mengesahkan lelaki tersebut direman dua hari sehingga esok.

Menurutnya, suspek ditahan di kawasan simpang empat di Binjai di sini kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Presiden Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia merupakan antara empat individu yang dikehendaki oleh polis berhubung kesalahan jenayah seperti pukul, ugut, mendatangkan cedera dan pecah rumah di daerah ini.

Mohd. Fared Abdul Ghani menjadi suspek pertama orang dikehendaki bersabit kes pukul dan ugut yang disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, selain itu, pihak turut memburu Mohd. Izani Ibrahim, 42, Mohd. Haziman Hikamarhakimi, 37, dan Wan Sharilazry Wan Mohd. Sukry, 35. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI