fbpx

Polis rakam keterangan dua individu bantu siasatan kes bayi dibuang dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT bayi perempuan disyaki baru dilahirkan dijumpai di dalam parit berhampiran tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar di Parit semalam.

PARIT – Polis telah merakam percakapan dua individu bagi membantu siasatan berkaitan penemuan mayat bayi perempuan yang dibuang di dalam parit berhampiran tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, dua individu itu merupakan pengadu dan saksi yang menjumpai mayat bayi berkenaan.

“Setakat ini masih tiada tangkapan. Usaha sedang dilakukan bagi mengesan suspek,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat bayi yang disyaki baharu dilahirkan itu telah pun selesai proses bedah siasat di Hospital Changkat Melintang, Bota.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati sebab-sebab kematian bayi malang itu tidak dapat dipastikan dalam kelahiran.

“Siasatan akan dijalankan daripada pelbagai sudut termasuk membuat semakan di klinik kesihatan yang mempunyai maklumat berkaitan wanita mendapatkan rawatan kelahiran.

“Kita juga akan mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran bagi tujuan siasatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, mayat bayi perempuan dijumpai tenggelam di dasar lombong dalam keadaan tanpa pakaian dengan tali pusat disyaki telah dipotong

Pemeriksaan secara fizikal mendapati tiada sebarang kecederaan luar ditemui pada mangsa yang dilaporkan kepada pihak polis pada pukul 3.15 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI