fbpx

Orang Islam Amerika solat Tarawih di Times Square

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah yang hadir pada solat Tarawih berjemaah di Times Square – AL-MONITOR

NEW YORK  – Lebih 100 orang Islam berkumpul di Times Square, New York  untuk solat Tarawih dengan sebahagian mereka membawa bendera Palestin sebagai tanda solidariti bersama penduduk Gaza, lapor portal berita Al-Monitor. 

Mereka menunaikan solat Tarawih semalam, berlatarbelakangkan papan iklan LED yang menerangi mercu tanda Manhattan itu.

“Adalah bagus untuk datang ke sini sebagai orang Islam. Saya melihat orang Islam dari merata-rata tempat,” kata seorang jemaah, Salman Al-Hanafy, 20 yang berasal dari Kaherah dan bekerja sebagai pengendali forklift. 

“Saya terkejut, ini kali pertama saya ke datang sini,” tambahnya.

Biarpun  cuaca sejuk dan berangin, mereka tetap berkumpul untuk solat berjemaah. 

Ada yang menyanyikan lagu nasyid dan yang membaca kitab suci al-Quran.

“Ramai yang berminat dengan al-Quran. Kami hampir kehabisan terjemahan al-Quran dalam bahasa Perancis. Ia menjelaskan kepentingan berpuasa pada bulan Ramadan,” kata Ahmad Yasar, 20, yang juga merupakan seorang pelajar teknologi maklumat (IT) ketika pasukannya mengedarkan salinan kitab suci itu.

Menurut Yasar, solat Tarawih berjemaah adalah penting demi meningkatkan kesedaran dan menunjukkan kepada orang ramai apa yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Gaza.

Bandar raya itu menjadi lokasi puluhan protes termasuk tunjuk perasaan pro-Palestin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI