fbpx

Murid tercicir BAP minima – Kah Woh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kah Woh (lima dari kanan) melakukan lawatan hari pertama sesi persekolahan 2024/2025 di SJKT Tanjong Rambutan di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan murid-murid yang tercicir menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) secara peratusannya ialah minima dan bakal menerimanya tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, isu keciciran itu mungkin melibatkan prosuder teknikal seperti murid-murid tersebut bertukar ke sekolah baru.

“Bagi kami (KPM) , setiap pelajar ataupun murid warganegara Malaysia tanpa mengira aliran sekolah, kaum, latar belakang dan pendapatan keluarga akan menerima RM150 setiap seorang.

“Tiada pemotongan yang dibuat dan saya percaya ibu bapa dan murid yang berpindah sekolah mungkin hadapi sedikit masalah melibatkan prosuder teknikal dan perkara itu boleh diselesaikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan sesi lawatan rasmi hari pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tanjung Rambutan di sini.

Katanya lagi, KPM sentiasa komited bagi memastikan setiap pelajar yang layak menerima BAP sebanyak RM150.

“Sepanjang masa selepas dua bulan pengagihan BAP memang kami ada menerima aduan tetapi minima dan telah diselesaikan. Apa-apa isu ibu bapa bangkitkan saya nasihatkan maklumkan pada sekolah dan KPM sendiri.

“Kami sedia bantu dan pastikan wang itu (BAP) sampai kepada ibu bapa terbabit,” katanya.

KPM melalui Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 kepada 5,254,200 orang murid dengan setiap mereka menerima RM150 secara sekali bayar, bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa, penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak untuk menghadapi sesi persekolahan akan datang.

Pemberian bantuan itu bermula pada Januari lalu hingga bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI