fbpx

Cara pastikan waktu tepat berbuka, bersahur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan mengajak orang ramai membuat semakan dan mengemaskini ketetapan jam di premis masing-masing sempena kedatangan bulan Ramadan.

Menurutnya, semakan boleh dilakukan dengan melayari laman web https://mst.sirim.my/ supaya masa bersahur dan berbuka selaras dengan waktu standard Malaysia.

“Orang ramai digalakkan untuk menyemak ketepatan jam masing-masing terutamanya di masjid dan surau di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Selasa, 12 Mac ini.

Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI