fbpx

Cadangan pindaan perlembagaan warganegara bakal dapat sokongan -Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu beliau dalam siri memberi penjelasan di Parlimen mengenai cadangan kerajaan Perlembagaan Persekutuan berhubung undang-undang warganegara.

“Saya sekarang dalam siri memberi penjelasan kepada ahli parlimen.

“Dan saya yakin jika saya berpeluang untuk terus memberikan penjelasan, seperti sekarang saya jelaskan pada rakan wartawan dan wartawan bantu tulis, saya yakin pindaan ini boleh mendapat sokongan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas PDRM Special Dialogue di Maktab PDRM, Cheras, di sini, hari ini.

Beliau mengulas lanjut perkara berkenaan susulan dikeluarkan Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang memberitahu kerajaan tiada sebab meminda peruntukan memberi kewarganegaraan melalui undang-undang kepada kanak-kanak terdampar (foundling baby).

Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang itu menyatakan rancangan ini dijangka mendapat tentangan dalaman di Dewan Rakyat.

Beliau juga menyuarakan ikrarnya untuk membantah cadangan itu terutamanya peruntukan yang mahu disekat Putrajaya mengenai hak anak-anak mendapat kerakyatan automatik.

“Mengapa perlu dipinda peruntukan undang undang yang baik, penuh rasa ehsan, timbang rasa dan kemanusiaan yang telah berkuat kuasa selama ini.

“Apa gunanya kerajaan gelar diri mereka sebagai ‘reformasi’ dan kerajaan Madani, tetapi apabila bercakap mengenai hak asasi dan asasi manusia bayi yang tidak berdosa mereka tidak menunjukkan sebarang belas kasihan, kasih sayang dan berperikemanusiaan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI