fbpx

Murid, pelajar dibenar berbaju T ke sekolah pada musim panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Murid dan pelajar sekolah dibenarkan untuk memakai baju T sebagai alternatif kepada pakaian seragam sewaktu musim panas ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Shafruddin Ali Hussin berkata, apa yang penting kehadiran murid dan pelajar tersebut ke sekolah pada sesi penggal baharu yang bermula semalam.

“Kementerian (Pendidikan) membenarkan murid dan pelajar memakai baju sesuai selain pakaian seragam sepajang musim panas ini asalkan mereka hadir ke sekolah.

“Pekeliling juga telah dihantar memberi kuasa kepada pengarah pendidikan negeri untuk membuat keputusan sesuai bagi melindungi pelajar dan guru daripada risiko cuaca panas melampau,” katanya di SMK Serada di sini hari ini.

Terdahulu beliau memantau perjalanan hari pertama persekolahan sekolah baru tersebut.

Shafruddin berkata, pekeliling tersebut juga mengarahkan jabatan pendidikan negeri (JPN) sentiasa memantau suhu harian dan mengambil tindakan selari dengan nasihat dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelas beliau, sebarang keputusan yang bakal dibuat ekoran cuaca panas terbabit tertakluk kepada garis panduan diberikan dalam pekeliling terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI