fbpx

Kalau aku suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESANAN yang dititipkan Puteri Balqis kepada pelakon ketika berada di set penggambaran.

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Balqis menitipkan pesanan bermakna buat rakan-rakan industri, terutama artis wanita supaya mengelak daripada menggoda atau bersikap mengada-ngada terhadap pelakon dan kru lelaki berstatuskan suami orang.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Balqis dalam InstaStory miliknya, pelakon berbakat besar itu turut menasihatkan para wanita yang berada dalam industri seni, supaya menyorok jika dihampiri lelaki berstatuskan suami orang bagi mengelak perkara tidak diingini terjadi.

“Satu perkara bila berada dalam industri, tidak kira usia sama ada belasan tahun atau lebih berumur, kita berhadapan dengan pelakon-pelakon dan kru lelaki berstatuskan suami orang.

“Elakkan mengada-ngada atau cuba menggoda mereka. Kalau mereka cuba hampiri kita bukan atas urusan kerja, lari. Menyoroklah mana-mana. Belakang lori ke, duduk dalam bilik ke atau dalam kereta,” ujarnya.

Kata pelakon yang mesra disapa Aqish itu lagi, dia turut mengingatkan pemain industri dalam kalangan wanita, supaya memikirkan tentang perasaan isteri yang mengharapkan kesetiaan daripada suami mereka.

Bahkan, Aqish turut memberitahu bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk memaki sama ada pelakon atau kru berstatuskan suami orang yang cuba-cuba untuk menggatal dengannya.

“Kalau yang lelaki tidak boleh setia, kita sebagai wanita kasihanilah isteri-isteri mereka yang mengharapkan kesetiaan. Kita yang kena kuatkan diri.

“Kalau aku, suami orang menggatal, aku maki terus. Tak kisahlah pelakon atau kru. Hati dan perasaan isteri mereka lebih penting,” katanya.

Walaupun tidak menyebut mana-mana pihak, perkongsian pelakon telefilem Angah itu difahamkan merujuk pada situasi hangat yang sedang berlaku membabitkan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz yang dikatakan telah ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita yang didakwa sebagai Ruhainies.

Sejak semalam, kecoh apabila pasangan itu diserbu pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.

Dua selebriti yang sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama berjudul Terjerat itu juga sudah dibebaskan dengan jaminan sekitar 2 petang (Sabtu), sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain dijangka dalam tempoh terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI