fbpx

Bumblebee putih sambut kehadiran murid SK Cherang Ruku ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murid-murid bergambar bersama kostum karakter Bumblebee yang diubah kepada warna putih yang menyambut kehadiran mereka di pintu masuk SK Cherang Ruku, Pasir Puteh hari ini. Foto TOREK SULONG/ KOSMO!

PASIR PUTEH – Kostum karakter popular filem Transformers, Bumblebee yang diubah kepada warna putih menyambut kehadiran lebih 1,000 murid Sekolah Kebangaan (SK) Cherang Ruku yang memulakan sesi persekolahan 2024/2025 hari ini.

Suasana persekitaran luar sekolah itu mulai sesak seawal pukul 6.45 pagi apabila kehadiran kostum berkenaan dimaklum lebih awal kepada murid dan ibu bapa menerusi media sosial sekolah.

Guru Besar SK Cherang Ruku, Faxruraazi Nasir berkata, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menampung separuh harga sewaan kostum berkenaan khusus untuk menarik minat murid datang ke sekolah.

“Penggunaan kostum daripada filem Transformers itu berjaya menarik minat murid datang awal ke sekolah. Lazimnya, ibu bapa dan murid-murid akan bergambar bersama kostum itu sebelum masuk ke sekolah.

“Pihak sekolah menggunakan khidmat tempahan kostum itu yang dicipta sendiri oleh salah seorang bapa murid sekolah ini,” katanya ketika ditemui di SK Cherang Ruku, di sini hari ini.

Faxrurazi memberitahu, pendekatan itu bertepatan dengan arahan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan aktiviti pendidikan yang menyeronokkan sepanjang minggu pertama persekolahan.

Menurutnya, pelbagai aktiviti dirancang termasuk program Ihya Ramadan dan banyak lagi kegiatan yang bersesuaian dengan kehadiran murid-murid semasa bulan puasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI