fbpx

Nama tengah ‘hot’, Ruhainies, Aliff Aziz boleh bergelak, menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAAT nama memanas dengan kes tangkap khalwat awal pagi tadi, Ruhainies dengan selamba memuat naik sebuha video sedang menyanyi dan bergelak ketawa bersama Aliff Azizi dan kru di sebuah lokasi penggambaran drama lakonan mereka.

PETALING JAYA – Ketika namanya menjadi bualan hangat dalam kalangan ramai orang, pelakon Ruhainies dilihat sempat memuat naik video memaparkan Aliff Aziz sedang menyanyi di lokasi penggambaran dipercayai drama lakonan mereka yang berjudul Terjerat.

Dalam video tersebut, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas sedang duduk di hadapan Aliff yang memakai baju berwarna merah sambil menyanyikan lagu Hakikat Sebuah Cinta oleh Iklim.

Bukan hanya mereka, kru produksi turut sama menyanyi dan kedengaran gelak tawa Ruhainies yang terhibur melihat gelagat mereka.

Selain video menyanyi, dia turut memuat naik foto lain dalam InstaStory termasuk mempromosikan jenama minyak wangi keluaran kakaknya yang juga pelakon, Risteena Munim.

Perkongsian tersebut mengundang tanda tanya ramai mengenai situasi yang melandanya ketika ini.

Awal pagi tadi, media melaporkan Aliff sebagai selebriti berstatus suami orang dan seorang pelakon wanita dipercayai Ruhainiees dicekup berkhalwat dan bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.

Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.

Kejadian tersebut turut disahkan adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah yang ditemui di lokasi untuk menemani kakaknya.

Menguatkan lagi spekulasi, kakak Ruhainies yang juga pelakon dilaporkan turut berada di lokasi serbuan awal pagi tadi.

Sehingga kini, kedua-dua belah pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penangkapan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI