fbpx

Bilionair 92 tahun mahu kahwin lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MURDOCH (kanan) dan Zhukova. - Foto Getty Images/BFA/Shutterstock

NEW YORK  –  Bilionair industri media, Rupert Murdoch  yang berusia 92 tahun mengumumkan kelmarin bahawa beliau merancang mengahwini teman wanitanya, Elena Zhukova pada Jun ini, lapor akbar The New York Times.

Zhukova yang berumur 67 tahun berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) dari Russia dan merupakan bekas ahli biologi..

Jarak umur wanita itu adalah suku abad lebih muda daripada Murdoch, lapor akhbar tersebut.

Murdoch telah berkahwin empat kali sebelum ini.

Tahun lalu, beliau mengumumkan pertunangannya dengan pengacara radio, Ann Lesley Smith tetapi kemudian membatalkan perkahwinan mereka.

Akhbar itu melaporkan,  anak perempuan bakal isterinya, Dasha Zhukova ialah  seorang usahawan  dan pernah berkahwin dengan hartawan Russia, Roman Abramovich.

Perkahwinan Murdoch dilaporkan akan berlangsung di rumah dan ladang anggur miliknya di California.

Perkahwinan terakhir Murdoch adalah dengan model terkenal, Jerry Hall yang pernah hidup bersama penyanyi Rolling Stones, Mick Jagger.

Murdoch yang mempunyai enam orang anak, pertama kali berkahwin dengan seorang pramugari Australia, Patricia Booker  tetapi bercerai pada akhir tahun 1960-an. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI