fbpx

[VIDEO] Pemandu lori berdepan tali gantung tolak kekasih sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nathan ketika dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini. Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori yang ditahan selepas dipercayai menolak jatuh kekasihnya sehingga mati di sebuah kondominium bulan lalu, berdepan tali gantung apabila didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Tertuduh, V. Nathan,37, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan pada prosiding tersebut daripada tertuduh yang memakai baju-T dan seluar pendek berwarna hitam.

Nathan didakwa membunuh seorang wanita warga Thailand, Mawika Laumyai, 32, di sebuah kondomium di Setia Alam kira-kira pukul 10.02 malam pada 28 Februari lalu.

Dia dakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman dan tertuduh diwakili Peguam P. Aravind Raj, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Jun depan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita maut terjatuh dari tingkat 23 selepas ditolak kekasihnya dalam kejadian di sebuah kondominium di Setia Alam, di sini.

Dalam kejadian pukul 10.08 malam, 28 Februari lalu itu, mangsa yang merupakan warga Thailand berusia 32 tahun dijumpai dalam keadaan tertiarap di tingkat tujuh kondominium berkenaan.

Difahamkan, semasa kejadian, suspek yang merupakan warga tempatan berada di bawah pengaruh dadah.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan di lokasi kejadian kira-kira lapan minit kemudian. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI