fbpx

Dua cedera tercampak ketika main ‘sotong ride’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS.

KOTA KINABALU – Dua pengunjung pesta ria atau funfair cedera selepas terhumban dari salah satu permainan dalam kejadian berhampiran Kompleks Sukan Likas di sini malam tadi.

Beberapa video menunjukkan dua mangsa iaitu lelaki dan wanita dewasa terjatuh dari permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak turut tular di media sosial.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba 1, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 8.58 malam.

“Sepasukan anggota dan pegawai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook menggunakan nama Ziera Nell yang menulis di ruang komen video tular memaklumkan dia turut berada di lokasi kejadian dan terkejut melihat kejadian dua mangsa dalam keadaan terbaring.

“Sebelah kami ja jatuh tadi. Anduk bah kesian, kesiannya terbuang di sini kah?,” katanya menerusi perkongsian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI